$ pytest log/vibe-coding-dev-station.log -v
collected 1 item
Vibe Coding: Dev Station
pass[2026-08-25 00:25:31] · slug: vibe-coding-dev-station
Cerita di belakang Dev Station — punca frustration, kenapa pilih single-file bukan framework, dan cabaran teknikal yang menarik sepanjang bina.
"""whoami → still figuring out kalau ni "developer" atau "orang yang suka buat tools untuk diri sendiri". Both boleh jadi.
Punca masalah: Tiap kali local dev kat XAMPP, aku spend lebih masa alt-tab antara XAMPP Control Panel, phpMyAdmin, File Explorer, dan log file dalam Notepad — berbanding masa sebenar coding. Bukan masalah besar, tapi cukup annoying untuk jadi itch yang kena garu.
Kenapa single-file, bukan framework: Ini dev tool untuk diri sendiri, bukan client project. Takde sebab nak install Laravel atau setup build pipeline untuk satu dashboard local. Prinsip yang sama aku pegang untuk hfzml.my ni — simplicity dulu, overengineering kemudian (kalau perlu pun).
Cabaran teknikal yang menarik:
- Backup/restore kena handle ZIP path-traversal properly — kalau tak, restore feature jadi security hole sendiri
- Auto-detect module PHP yang installed (contoh: zip extension) sebab bukan semua XAMPP setup sama
- Config settings kena persist tanpa DB — guna local JSON, senang untuk fork orang lain tanpa risau credential leak (git-ignored by default)
Status sekarang: v1.0.0 dah released, MIT license, boleh fork. Ini local-dev-only tool — sengaja tak hardened untuk production, sebab tu bukan use case dia.
brew --status: masih tinggi. Side project ni siap dalam beberapa sesi "malam Jumaat, buat sikit lagi" — classic vibe coding session.
https://github.com/acoustica/dev-station