about.log

$ cat about.md

// generated 2026 · status: still brewing

👋 Hi, aku HaFiZ. Siang hari aku QA Specialist - kerja aku cari benda yang tak sepatutnya berlaku. Lepas waktu kerja, aku bina tools kecil dan cuba idea yang asyik tumpang lalu dalam kepala.

💻 Aku bukan jenis yang konon semua idea dan code datang daripada diri sendiri. Banyak benda kat sini lahir daripada masalah kecil, rasa ingin tahu, feedback, dan perbualan dengan AI. Aku guna vibe coding sebagai cara belajar dan mencuba; aku tetap pilih masalah, test hasilnya, baiki yang tak kena, dan bertanggungjawab pada apa yang siap.

🤖 ChatGPT, Gemini, dan Claude memang selalu ada dalam proses aku. Bukan sebagai pengganti pemikiran, tapi sebagai co-pilot untuk brainstorm, debug, dan tengok sesuatu daripada sudut lain. Kadang-kadang mereka bantu, kadang-kadang mereka bagi idea yang buat aku tertanya-tanya siapa sebenarnya yang perlukan debugging.

hfzml.my wujud sebagai portfolio hidup - tempat aku simpan projek, eksperimen, dan nota sepanjang perjalanan. Bukan semuanya siap atau sempurna. Ada yang PASS, ada yang WIP, dan ada yang masih tunggu masa yang sesuai untuk diberi perhatian.

🗣️ Kenapa mixed bahasa? Sebab ini memang cara aku fikir dan communicate. Untuk benda teknikal, English selalunya lebih direct. Bila cerita tentang proses atau pengalaman, Bahasa Melayu rasa lebih natural. Jadi site ini tak cuba jadi terlalu formal, ia cuma cuba jadi jujur.

VISITOR RECORD 100 VERIFIED