Semua Yang Aku Dah Bina (Tapi Belum Sempat Cerita)
PASSDah lama tak update log, padahal banyak benda dah siap kat belakang tabir — shortlink, feed, promo, sampai page links terbaru. Masa untuk catch up.
Aku perasan log ni dah lama tak update, padahal site ni sebenarnya dah banyak berubah. Bukan sebab aku malas cerita — lebih sebab asyik “nanti aku update log lepas siapkan benda ni”, pastu benda baru datang lagi sebelum sempat tulis yang lama. Jadi kali ni aku nak catch up sekali gus — recap apa yang dah ada kat site ni sekarang.
Short Links — kalau perasan, URL kat site ni ada yang pendek je, contoh hfzml.my/sesuatu. Tu bukan page biasa, tapi link pendek yang aku boleh buat sendiri untuk apa-apa link panjang yang aku selalu share — macam versi personal bit.ly, tapi kawal sendiri.
Feed — tempat aku drop update ringkas, lebih pantas dari tulis full entry macam ni. Kalau Log ni lebih untuk refleksi panjang, Feed tu untuk “eh baru jumpa benda menarik” jenis update.
Promo — untuk aku announce apa-apa yang aku nak orang tahu dengan lebih menonjol — projek baru, servis, atau apa-apa yang berbaloi dapat perhatian lebih dari biasa.
Links — yang paling baru. Satu page, semua link penting aku kumpul situ — projek sendiri, servis yang aku offer, dan affiliate link (label jelas, tak nak mengelirukan sesiapa). Dibahagi ikut kategori supaya senang scroll terus ke yang dicari.
Dan sikit kemas-kemas kat belakang tabir — semua URL site ni sekarang lebih clean (takde lagi .php kat hujung setiap link), dan editor yang aku guna untuk tulis entry macam ni pun boleh bagi warna kat teks sekarang.
Takde satu pun ni “feature besar” yang baru sangat — tapi bila gabung semua, site ni dah jauh lebih dari sekadar portfolio statik. Lagi banyak cara untuk aku share apa yang aku buat, dan lagi senang untuk korang jumpa.